Sale Page
Sesuai untuk jual satu servis, satu produk, satu promosi atau kempen ringkas dengan ayat yang lebih tersusun.
Kami bantu bisnes kecil mula tampil profesional secara online melalui sale page atau landing page yang jelas, cantik di telefon dan terus bawa pelanggan ke WhatsApp.
Penambahan section, halaman, borang, katalog atau sistem khas akan dibincangkan dahulu.
Sesuai untuk permulaan bisnes kecil
Kemas di phone, tablet dan laptop
Tak perlu terus ambil sistem besar
Untuk permulaan, kami fokus pada struktur yang jelas: siapa anda, apa yang anda tawarkan, kenapa pelanggan patut percaya, dan bagaimana mereka boleh terus hubungi anda.
Sesuai untuk jual satu servis, satu produk, satu promosi atau kempen ringkas dengan ayat yang lebih tersusun.
Untuk perkenalkan bisnes, paparkan servis, gambar kerja, testimoni dan maklumat penting dalam satu halaman.
Butang WhatsApp disusun di tempat strategik supaya pelanggan mudah bertanya tanpa pening cari contact.
Kami bantu kemaskan ayat supaya nampak lebih manusia, lebih jelas dan tidak terlalu kosong atau kaku.
Meta title, description, struktur heading, alt image dan asas teknikal disusun supaya laman lebih kemas untuk Google.
Nak tambah section, galeri, katalog, borang atau sistem? Boleh bincang. Kos ikut skop tambahan.
Website yang baik bukan penuh dengan ayat panjang. Yang penting, pelanggan cepat nampak apa servis anda, kenapa ia sesuai untuk mereka, dan apa langkah seterusnya.
Pelanggan faham tawaran anda dalam beberapa saat pertama.
Bukan sekadar senarai servis, tapi apa manfaat kepada pelanggan.
Butang WhatsApp diletakkan di lokasi sesuai supaya mudah dihubungi.
Ini contoh untuk rujukan awal. Design sebenar boleh disesuaikan ikut bisnes, gambar, copywriting dan bajet anda.
Sesuai untuk paparan pakej, gambar kerja, harga asas dan WhatsApp booking.
Sesuai untuk menu, pakej majlis, gambar makanan dan borang pertanyaan.
Sesuai untuk produk visual seperti kek, buah, manisan dan set hadiah.
Untuk permulaan, kami fokus kepada sale page dan landing page yang ringkas, cantik dan mudah pelanggan faham. Harga bermula RM499. Tambahan fungsi akan dibincangkan ikut skop kerja.
Untuk bisnes kecil yang mahu mula ada website sendiri tanpa terus buat sistem besar.
Harga asas untuk satu halaman ringkas. Penambahan section, fungsi atau kandungan akan dibincangkan dahulu.
Jika website asas tidak cukup, tambah ikut keperluan sebenar bisnes.
Kos tambahan bergantung kepada skop, bahan, fungsi dan jumlah halaman.
Untuk bisnes yang mula perlukan fungsi lebih tersusun dan automasi.
Sesuai untuk booking, katalog besar, bayaran online atau dashboard admin.
Beritahu jenis bisnes, servis atau produk, contoh gaya design dan apa yang mahu pelanggan buat selepas masuk website.
Struktur, ayat, section, gambar dan CTA disusun supaya nampak clean dan mudah pelanggan faham.
Selepas semakan dan maklumat sudah betul, website akan dipublish dan sedia digunakan.
Mula dengan sale page atau landing page RM499. Bila bisnes dah perlukan lebih banyak fungsi, baru tambah ikut keperluan.
RM499 ialah harga permulaan untuk satu sale page atau landing page ringkas. Ia sesuai untuk mula ada website sendiri tanpa terus buat sistem besar.
Boleh. Tambahan seperti section, galeri, borang, katalog produk, halaman tambahan atau sistem khas akan dibincangkan dahulu.
Boleh. Anda cuma cerita tentang bisnes anda. Kami bantu susun ayat asas supaya lebih kemas dan mudah pelanggan faham.
Domain .com dan hosting 1 tahun disediakan untuk pakej permulaan, tertakluk kepada terma dan kesesuaian pakej. Renewal tahun seterusnya ikut kos semasa.
Isi ringkas dulu. Kami sambung di WhatsApp.
Sila baca sebelum meneruskan tempahan.
BinaWeb by Kryntividea menyediakan perkhidmatan membina "Sale Page" atau "Landing Page" statik (bukan sistem e-commerce/sistem kompleks) yang bertujuan memaparkan maklumat perniagaan dan membawa prospek terus ke aplikasi WhatsApp.
Harga bermula RM499 adalah tertakluk kepada spesifikasi satu halaman asal. Sebarang penambahan seperti halaman baharu, sistem borang khas, integrasi pihak ketiga, atau galeri gambar yang besar akan tertakluk kepada caj tambahan mengikut persetujuan perbincangan.
Pakej permulaan dilengkapi dengan domain percuma berakhiran umum (contoh: .com / .net) dan hosting web untuk tempoh satu (1) tahun pertama sahaja. Pembaharuan tahunan untuk domain dan hosting pada tahun berikutnya adalah tanggungjawab pelanggan mengikut kadar harga semasa pihak penyedia servis.
Pelanggan bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat bisnes yang tepat (gambar resolusi baik, logo, dan butiran produk/servis). Walaupun kami menyediakan penyusunan copywriting asas (copywriting grooming), penulisan teknikal dan butiran pakar haruslah disediakan oleh pihak pelanggan.
Pakej ini menyertakan sehingga dua (2) pusingan pembetulan minor secara percuma selepas draf pertama diserahkan. Perubahan drastik pada struktur utama atau rekaan (re-design) selepas persetujuan draf awal akan dikira sebagai kos tambahan.